Tuesday, 27 May 2014

Kebolehpasaran: Alasan atau Peluang?


Assalamualaikum wbt.

Untuk tugasan bagi subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan saya akan berkongsi sedikit info daripada pembacaan saya mengenai Faktor Kebolehpasaran  Graduan dan bagaimana sebenarnya, graduan menjadikan ia sebagai satu peluang atau hanya melepaskan diri dan meletakkan ia sebagai satu alasan.
 
Sebelum itu, izinkan saya berkongsi terlebih dahulu maksud kebolehpasaran graduan secara ringkasnya.
 
Kebolehpasaran graduan adalah nilai diri graduan. Ia didefinisikan sebagai, kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh para graduan yang membuatkan bakal majikan berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka. Di dalam konteks ini, ia meliputi perkara berikut:
  • Keserasian (compatibility), iaitu kebolehan membangunkan bentuk penyelesaian yang serasi dengan budaya dan matlamat kerja.
  • Kefleksibelan (flexibility), iaitu kebolehan menyediakan khidmat kerja yang sesuai dan sepadan dengan projek atau tugas yang sedang dijalankan.
  • Kebolehpercayaan (reliability), iaitu dapat bersifat responsif kepada keperluan majikan dan pelanggan, menepati masa dan sasaran kerja.
  • Kepekaan (sensibility), iaitu dapat menjalankan pendekatan kerja yang menepati nilai sebenar kerja yang diperlukan oleh majikan, seperti pendekatan bermaklumat, kekesanan kos (cost effectiveness) dan sebagainya
                                                                      (Mohd As’ri Chik, 2009)

Definisi di atas di ambil daripada Career Cube Graduate Career Advancement Centre.


Kenapa graduan mahupun bakal graduan perlu untuk mengetahui hal ini? Ini adalah kerana, majikan hari ini lebih berminat untuk mengambil mereka yang mempunyaiCGPA yang tinggi dan memenuhi kebolehpasaran yang ada.



Kebolehpasaran akan menjadi kayu pengukur kepada kualiti graduan yang dihasilkan. Ini adalah kerana, graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang tertentu seperti yang didefinisikan akan berada pada satu tahap yang lebih tinggi berbanding graduan yang biasa. 


Oleh yang demikian, kebolehpasaran perlu diserlahkan kepada bakal majikan terutamanya sewaktu temu duga kerana itu sememangnya satu-satunya peluang yang ada untuk ada mempromosikan diri anda. Jadi apakah faktor yang perlu ada pada seseorang graduan bagi memantapkan kebolehpasarannya?

Dalam erti kata lain, apakah yang perlu ada pada graduan semasa dia dalam proses untuk mempersiapkan diri ke temu duga.

Faktor pertama: Minat yang tinggi

Minat

Satu perkataan ringkas namun ianya penting sama ada sebagai permulaan kerjaya, di pertengahan kerjaya mahupun di penghujung sesebuah kerjaya. Berbalik kepada definisi kebolehpasaran, minat yang mendalam pada sesuatu kerjaya mampu mengikat keserasian seseorang dengan kerjayanya itu nanti. 

Mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kerjaya mereka akan sanggup untuk berkorban demi melakukan yang terbaik untuk kerjaya tersebut.  


Namun, apa yang menyedihkan adalah, ramai antara kita, terutama para belia telahpun tersalah erti mengenai minat. Minat itu pada pendapat saya, bukanlah kesemuanya anugerah Allah ataupun semula jadi, namun ia boleh disemai dan dipupuk. Melalui apa? Contoh paling dekat yang mampu saya berikan adalah, membaca. Jadi, pasti tiada isu, sesetengah peluang kerja menjadi tidak laku kerana kebanyakkan graduan hari ini tidak meminati bidang tersebut sekiranya para graduan sibuk menelaah bidang kerja yang ada di pasaran  walaupun mungkin pada awalnya mereka tidak meminatinya. 

Menelaah bidang kerja bukan semestinya ketika anda ingin temu duga. Namun ia harus berlaku sewaktu anda di peringkat pengajian lagi.Biasa kan dengar orang kebanyakkan selalu sebut, ‘Jangan minta kerja yang kita tidak minat’. Bagi saya ini ayat-ayat yang sesuai untuk orang yang suka mencari alasan

4 tahun dihabiskan di universiti selain dari menjadi boneka yang menyiapkan assignment yang digesa oleh pensyarah, adakah ia masih tidak cukup untuk membentuk boneka itu menjadi manusia yang mampu untuk berdikari dan berusaha bagi membentuk masa hadapannya? Adakah 4 tahun itu masih belum cukup bagi mengilhamkan si graduan bagaimana mencari penyelesaian masalah kepada kurangnya minat dia pada sesuatu peluang kerja itu? Dan bagaimanakah lagi cara untuk seseorang mencari minat pada sesuatu bidang kerja. Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda dan saya fikirkan dan luahkan di ruangan komen di bawah.


Faktor kedua: Penguasaan Bahasa

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris  
Penguasaan bahasa akan meningkatkan lagi kebolehpasaran seseorang graduan kerana, dengan menguasai lebih daripada satu bahasa, anda akan mampu untuk fleksibel dan serasi walau dengan siapapun anda berurusan. 

Bakal pekerja khususnya di sektor awam haruslah menguasai Bahasa Melayu. Ini pasti tidak menjadi masalah  buat masyarakat kaum Melayu, namun ia akan menjadi faktor pelengkap kebolehpasaran yang terbaik sekiranya, graduan tersebut adalah berbangsa Cina mahupun India sebagai contohnya. Untuk Bahasa Inggeris, jikalau zaman nenek moyang kita dahulu dianya ikatakan sebagai satu kelebihan namun berdasarkan perkembangan pesat negara pada hari ini, saya katakan ia adalah satu keperluan. Umum mengetahui, sektor swasta banyak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa urusan mereka, namun tidak kurang juga sektor awam yang juga beransur-ansur menggunakan bahasa perniagaan dunia itu sebagai bahasa komunikasi mereka. 

Graduan hari ini sepatutnya sudah lupus dalam pemikiran mereka, bahawasanya mereka masih lemah dalam menggunakan kedua-dua bahasa tersebut dengan baik. Sekali lagi saya isythiharkan lemah dalam bahasa itu juga alasan. Tambahan pula sebahagian besar kandungan dalam internet yang mengandungi pelbagai manfaat adalah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris akan terus menjadi bahasa perantaraan dunia untuk satu jangka masa yang panjang. 

Bagi saya cara mempelajari bahasa teramat mudah hinggakan budak berusia 3 tahun mampu melakukannya adalah dengan menggunakan deria lihat dan dengar. Menonton televisyen, menonton wayang, mendengar lagu, mahupun membaca sebarang bahan yang mempunyai unsur Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Pilih mengikut bahasa yang kalian masih lemah. 

Cara mempraktikkannya pula bagaimana? Just Do it. Praktikkan bahan bacaan anda dalam bentuk penyampaian, sama ada dengan menulis ataupun secara lisan dengan menggunakan bahasa yang asal. Cara belajar bahasa dan cara praktik bahasa bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Namun elemen yang paling penting dalam pembelajaran adalah kesungguhan usaha seseorang individu tersebut. Apa lagi cara lain untuk belajar dan praktikkan bahasa agar anda menjadi graduan yang mahal? Saya tinggalkan anda dengan soalan ini agar anda tidak menjadi salah seorang yang suka mencari alasan. Kongsi buah fikiran anda di ruangan komen di bawah J

Faktor ketiga: kemahiran komunikasi 



Saya teruskan dengan soalan. 
Pekerjaan apakah yang langsung tidak memerlukan pihak kedua untuk si pekerja melakukan tugasnya dari A hingga Z sepanjang kerjaya? Sikit atau banyak, komunikasi itu perlu dan pasti berlaku.

 Seorang guru perlu mahir bercakap bagi memudahkan dia mengajar anak-anak muridnya, seorang peniaga harus petah berbicara supaya jualannya laris, seorang jurutera harus mahir berbicara agar ada syarikat yang mahu membeli ciptaannya, seorang saintis harus tahu bercakap supaya akan ada orang yang terus membiayai penyelidikannya.


 Namun komunikasi yang berkesan bukan sekadar aspek lisan sahaja, bahkan gabungan antara komunikasi lisan dan bukan lisan akan mampu menghasilkan adunan mesej terbaik yang akan meninggalkan impak pada kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi. Faktor ini jelas dinilai terutamanya ketika sesi temu duga. Ini adalah kerana anda (graduan) adalah orang asing buat syarikat yang  sedang dimohon(majikan), oleh yang demikian, cara terpantas dan boleh dikatakan cara yang terbaik untuk menguji sejauh mana tahap komunikasi anda adalah melalui sesi soal jawab dalam temu duga. 


Harus diingati, bukan sekadar komunikasi lisan yang akan diberi perhatian namun komunikasi bukan lisan;bahasa badan, pergerakan tangan, air muka, senyuman, dan hubungan mata, jarak anda dengan orang lain juga akan dinilai oleh ahli panel temu duga tersebut. Kesemuanya sangat penting kerana ia bakal mendatangkan dua kesan mesej sama ada positif mahupun negatif. Sebab kenapa majikan tidak akan menerima graduan yang kurang mahir berkomunikasi adalah kerana, mereka yang masih menyusun perkataan untuk berbicara akan mendatangkan masalah ketika bekerja kelak. 



Minat, penguasaan bahasa dan komunikasi yang mantap adalah antara resepi yang saya sangat sarankan untuk anda pelajari dan mahirkan dari sekarang di samping keputusan CGPA yang gempak.  Berhenti mencipta alasan dan rebut segala cabaran untuk dijadikan peluang. Berhenti menjadi salah seorang graduan penganggur kerana saiz graduan menganggur adalah merupakan stigma kepada pengangguran Negara yang harus diminimumkan ke angka sifar. 


 Kepada pembaca, 

jika anda mempunyai pandangan/kritikan/ dan cadangan mengenai 
a) Bagaimana anda sebagai pelajar mampu untuk melatih diri anda dengan faktor kebolehpasaran yang ada.
b) Apakah lagi mungkin faktor kebolehpasaran yang ada berdasarkan pembacaan anda.

terima kasih 


rujukan:
1.keratan akhbar Faktor kebolehpasaran graduan (Bahagian 1) Dr Mohd Yahya Mohd Ariffin

2.Kebolehpasaran Graduan UKM: Satu Kajian Perbandingan antara Graduan Disiplin Sains dengan Bukan Sains 

3.Career Cube Graduate Career Advancement Centre.

12 comments:

  1. jzkk atiefah.. informasi yang sangat bermanfaat terutamanya untuk mahasiswa yang bakal bergelar graduan.

    Memang tidak dinafikan bahawa isi artikel merupakan faktor graduan masih menganggur dan tidak memperoleh pekerjaan. untuk menjawab persoalan yang diutarakan mengenai bagaimana untuk seorang pelajar itu memperbaiki faktor kebolehpasaran adalah dengan

    1) melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti koelj dan fakulti yang melibatkan komunikasi antara dua pihak. secara tidak langsung, pelajar tersebut bakal mempelajari soft skill dan cara berkomunikasi yang betul.

    2) menjadikan budaya membaca sebagai rutin harian untuk menambahkan perbendaharaaan kata

    3) Mencari kenalan baru diluar zon selesa seperti orang yang lebih berusia daripada kita untuk membuka minda pelajar tersebut kerana lazimnya apabila kita bergaul dengan golongan yang sebaya, mereka mempunyai pemikiran yang sama.

    untuk menjawab soalan yang kedua , faktor kebolehpasaran yang lain adalah kurangkan keyakinan diri dalam menghadiri temuduga. Keyakinan diri amat penting dalam menarik minat majikan untuk mengabil kita bekerja,Apabila keyakinan diri terserlah, di situ akan tergampar bahawa graduan tersebut mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

    itu saja daripada saya..
    Siti Sara binti Kuseri (A138060)

    ReplyDelete
  2. assalamulaikum atiefah. bagi saya ini adalah satu tajuk yang sangat menarik kerana ia nya penting bagi semua garduan dan juga bakal graduan untuk mengetahui hal seperti ini. bukan senang untuk menjadi graduan kerana kita perlu mematuhi syarat-syarat kebolehpasaran yang telah dibincangkan di dalam topik ini. graduan lazimnya akan mencari kerja yang relevan dengan minat di samping mampu menjanjikan kerjaya yaang baik dan terjamin pada masa hadapan.

    nur hafizatul akmal ramli
    A138033

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...
    alhamdulillah dan jzkk ukhti atiefah atas pengkongsian hasil daripada pembacaan,kajian serta pendapat anda dalam membuka mata,pikiran manusia.
    saya sokong semua yang anda bicara dalam entry anda,,, tidak dinafikan segalanya benar...
    selain itu,,, seseorang yang ingin menjadi luar biasa serta menjadi seperti yang anda katakan haruslah mendapat sokongan atau lebih sedap lagi 'support system'yang terbaik...maka,,,orang sekeliling hruslah membantu insan ini dan insan ini juga harus memberi peluang pada diri...sebagai insan lain, jangan la menyatakan insan itu hanya atau selalu memberi alasan,,malah cubalah kita dekati insan itu dan jdkan dirikan salah satu support system untuk dia... in shaa allah....maaf kalo komen xkene dgn entry....hihi..jzkk.

    MASINAWATI BT MOHAMMAD ZAINI
    A137844

    ReplyDelete
  4. Hello Atiefah, terima kasih atas perkongsian ilmu pengetahuan yang berguna ini.
    Saya sangat setuju dengan Atiefah bahawa minat, perguasaan bahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) dan kemahiran komunikasi adalah faktor yang sangat penting sewaktu temu duga. Pada pendapat saya, kemahiran komunikasi adalah faktor yang paling penting sekali semasa temu duga. Kemahiran komunikasi ini membantu seseorang graduan untuk mempromosikan diri sendirinya tentang kemampuan, kebolehan dan pencapaian yang dimiliki. Ini secara langsung dapat ''memujuk'' para juri untuk mengambilnya sebagai pekerja.
    Selain itu, keputusan yang cemerlang dan kemahiran (skills) yang baik juga amat penting sebagai faktor kebolehpasaran graduan.
    Bagi saya, penguasaan bahasa tak kira bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris boleh dilatih dengan banyak bercakap dan sentiasa mendengar (active listening). Kerap menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dalam pengualan sangat membantu dalam kefasihan dan penguasaan terhadap bahasa tersebut.

    CHEW FANG SIEN A137791

    ReplyDelete
  5. Salam tipah.. topic yang menarik. Sekrang ini para graduan tidak mendapat peluang pekerjaan adalah kerana sikap yang suka memberikan alasan walhal mereka mempunyai pelbagai peluang untuk memajukan diri. Sikap menagguh juga adalah antara punca utama kegagalan mereka. Saya setuju kebanyakan majikan akan menegok CGPA, namun begitu, sekarang CGPA semata-mata sudah tidak dipandang sekali kalau dia tidak mempunyai pakej 'soft skill' yang bagus.

    Saya ada menanya mak cik saya kerana dia merupakan salah seorang interviewer untuk pelajar lepasan graduan, dia berkata ada sesetengah pelajarnya pointernya bagus tetapi rugi ianya hanya di atas kertas sahaja. Apabila masa interview, bila dipusingkan soalan atau diberikan task ramai yang tidak mampu melakukannya akibat kurangnya memperaktikan 'soft skill' mereka semasa mereka sedang belajar dahulu. Dan ada juga yang menyelesaikan interview tersebut dengan nada yang terlampau emosi.

    Bagi saya, para graduan yang bagus mereka seharusnya cuba mengaktifkan diri mereka di dalam akademik dan juga program-program uni. Sepertimana kita tahu melalui program-program uni inilah kita banyak pengalaman dan mempelajari 'soft skill' ini seperti cara berkomunikasi, cara menjadi pemimpin sesuatu organisasi dan pelbagai lagi. Melalui memasuki program-program uni ini, kita dapat menilai diri kita sebagus manakah 'soft skill' kita ini. Mana tahu sambil join program ini, kita mula mendapat kenalan di syarikat-syarikat yang satu hari nanti syarikat ini adalah majikan kita kan? Insya-Allah..berusaha.. jangan mengeluh untuk memjukan diri, kita akan lebih mendapat pasaran semasa memohon pekerjaan nanti. :)

    Nor Hazwani binti Mohd Marzuki A138650

    ReplyDelete
  6. Assalamualaiikum Atiefah

    Topik yang bagus dan memang kenyataan terutama bakal-bakal jururawat di mana-mana IPTA dan IPTS. Jumlah kita terlalu ramai untuk peluang kerja sebagai jururawat, tetapi kalau kita buka pandangan lebih luas, negara-negara lain mengalami masalah kekurangan jururawat dan sangat mengalu-alukan jururawat dari Malaysia. Jadi, kenapa tidak rebut peluang ini? Sekarang terlalu ramai pelajar yang pointernya tinggi, kenapa tidak 'upgrade'kan diri menjadi student yang proaktif dan mengasah pelbagai kemahiran seperti ICT, Bahasa dan sebagainya.

    Peluang sentiasa ada, cuma perlu luaskan pandangan. Kalau kita sangat terikut-ikut kata-kata negatif jururawat yang telah bekerja, ia akan menjatuhkan semangat kita. Mana-mana kerjaya, pasti ada tinggi dan rendahnya.

    Nur Fatin Binti Ramli A138012

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Interesting research, Atiefah. Keep it up!
    Sebagai Koordinator Latihan Industri, pelajar-pelajar yg saya dapati telah menambat hati majikan semasa menjalani latihan, seringkali adalah mereka yg rajin, suka bertanya dan cekal mempelajari & membuat sesuatu yg baru.
    Dlm perkataan lain, "somebody that the company couldn't live without!"

    ReplyDelete
  9. Kebolehpasaran graduan bukan sahaja dari pengetahuan serta kepandaian berbahasa, 'soft sklills', satu istilah yang menggambarkan EQ seseorang. Soft skills melibatkan berbagai kemahiran, seperti kemahiran berkomunikasi, cara pembawaan diri dalam kalangan masyarakat, bahasa, tindak tanduk perlakuan peribadi, kemesraan dengan orang ramai, dan optimisme dalam mengadakan hubungan dengan orang ramai. Kebanyakan profesion semestinya memerlukan 'soft skills' yang mantap bagi memudahkan segala pekerjaan yang dilakukan.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Kebolehpasaran sesaorang graduan, bukan hanya terletak pada pencapaian pelajar, pengalaman pensyarah dan fasiliti ajar mengajar yg baik dari institusi tersebut. Perlu diambil kira kepercayaan 'stakeholders" terhadap graduan yang dikeluarkan adalah selamat kepada pesakit dan masyarakat. Oleh sebab itulah graduan dari bidang kesihatan yang mempunyai hospital sendiri akan menerima extra weightage. ...dan mempunyai package yg lengkap...seperti graduan dari ppukm. Graduan ini dipercayai mempunyai pendedahan yg cukup bagi permulaan asas..setelah bergraduat.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaiikum Atiefah
    Amat bagus topic yang anda bincangkan ...ya saya setuju dengan factor-factor yang diambil kira sewaktu temuduga inaiti minat, penguasaan bahasa, dan kemahiran komunikasi... kebanyakan graduasi universiti memang kurang dari segi2 ini... terutamanya kemahiran komunikasi....kerana di zaman moden ini juga sememangnya sudah tidak lali lagi dengan generasi muda kita yang buta dalam kemahiran berkomunikasi ...kerana teknologi yang pesat berkembang lalu cara berinteraksi yang asas di lupakan ....jesteru benda ini juga akan mejejas kan masa depan generasi dan ekonomi negara.... anyway nice blog...keep it up...
    Mohamad Farid Bin Ahmad Zaine (A138647)

    ReplyDelete