Wednesday, 28 May 2014

Video: Health and Human Being

1.Nurse call system

 


2. Big Shot 




3. Break the habit


                                           
                                         
                                                                        4.  Funny doctor


                                                                 
                                                                 
                                                                      5. Health promotion

                                                                     


     6.Importance of first aid




                                                                  7. Heart Attack Awareness



                                                                8.Heels




                                                          9. Recycle






                                                              10. 'We All Have Problems'
                                      


Tuesday, 27 May 2014

Kebolehpasaran: Alasan atau Peluang?


Assalamualaikum wbt.

Untuk tugasan bagi subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan saya akan berkongsi sedikit info daripada pembacaan saya mengenai Faktor Kebolehpasaran  Graduan dan bagaimana sebenarnya, graduan menjadikan ia sebagai satu peluang atau hanya melepaskan diri dan meletakkan ia sebagai satu alasan.
 
Sebelum itu, izinkan saya berkongsi terlebih dahulu maksud kebolehpasaran graduan secara ringkasnya.
 
Kebolehpasaran graduan adalah nilai diri graduan. Ia didefinisikan sebagai, kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh para graduan yang membuatkan bakal majikan berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka. Di dalam konteks ini, ia meliputi perkara berikut:
  • Keserasian (compatibility), iaitu kebolehan membangunkan bentuk penyelesaian yang serasi dengan budaya dan matlamat kerja.
  • Kefleksibelan (flexibility), iaitu kebolehan menyediakan khidmat kerja yang sesuai dan sepadan dengan projek atau tugas yang sedang dijalankan.
  • Kebolehpercayaan (reliability), iaitu dapat bersifat responsif kepada keperluan majikan dan pelanggan, menepati masa dan sasaran kerja.
  • Kepekaan (sensibility), iaitu dapat menjalankan pendekatan kerja yang menepati nilai sebenar kerja yang diperlukan oleh majikan, seperti pendekatan bermaklumat, kekesanan kos (cost effectiveness) dan sebagainya
                                                                      (Mohd As’ri Chik, 2009)

Definisi di atas di ambil daripada Career Cube Graduate Career Advancement Centre.


Kenapa graduan mahupun bakal graduan perlu untuk mengetahui hal ini? Ini adalah kerana, majikan hari ini lebih berminat untuk mengambil mereka yang mempunyaiCGPA yang tinggi dan memenuhi kebolehpasaran yang ada.



Kebolehpasaran akan menjadi kayu pengukur kepada kualiti graduan yang dihasilkan. Ini adalah kerana, graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang tertentu seperti yang didefinisikan akan berada pada satu tahap yang lebih tinggi berbanding graduan yang biasa. 


Oleh yang demikian, kebolehpasaran perlu diserlahkan kepada bakal majikan terutamanya sewaktu temu duga kerana itu sememangnya satu-satunya peluang yang ada untuk ada mempromosikan diri anda. Jadi apakah faktor yang perlu ada pada seseorang graduan bagi memantapkan kebolehpasarannya?

Dalam erti kata lain, apakah yang perlu ada pada graduan semasa dia dalam proses untuk mempersiapkan diri ke temu duga.

Faktor pertama: Minat yang tinggi

Minat

Satu perkataan ringkas namun ianya penting sama ada sebagai permulaan kerjaya, di pertengahan kerjaya mahupun di penghujung sesebuah kerjaya. Berbalik kepada definisi kebolehpasaran, minat yang mendalam pada sesuatu kerjaya mampu mengikat keserasian seseorang dengan kerjayanya itu nanti. 

Mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kerjaya mereka akan sanggup untuk berkorban demi melakukan yang terbaik untuk kerjaya tersebut.  


Namun, apa yang menyedihkan adalah, ramai antara kita, terutama para belia telahpun tersalah erti mengenai minat. Minat itu pada pendapat saya, bukanlah kesemuanya anugerah Allah ataupun semula jadi, namun ia boleh disemai dan dipupuk. Melalui apa? Contoh paling dekat yang mampu saya berikan adalah, membaca. Jadi, pasti tiada isu, sesetengah peluang kerja menjadi tidak laku kerana kebanyakkan graduan hari ini tidak meminati bidang tersebut sekiranya para graduan sibuk menelaah bidang kerja yang ada di pasaran  walaupun mungkin pada awalnya mereka tidak meminatinya. 

Menelaah bidang kerja bukan semestinya ketika anda ingin temu duga. Namun ia harus berlaku sewaktu anda di peringkat pengajian lagi.Biasa kan dengar orang kebanyakkan selalu sebut, ‘Jangan minta kerja yang kita tidak minat’. Bagi saya ini ayat-ayat yang sesuai untuk orang yang suka mencari alasan

4 tahun dihabiskan di universiti selain dari menjadi boneka yang menyiapkan assignment yang digesa oleh pensyarah, adakah ia masih tidak cukup untuk membentuk boneka itu menjadi manusia yang mampu untuk berdikari dan berusaha bagi membentuk masa hadapannya? Adakah 4 tahun itu masih belum cukup bagi mengilhamkan si graduan bagaimana mencari penyelesaian masalah kepada kurangnya minat dia pada sesuatu peluang kerja itu? Dan bagaimanakah lagi cara untuk seseorang mencari minat pada sesuatu bidang kerja. Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda dan saya fikirkan dan luahkan di ruangan komen di bawah.


Faktor kedua: Penguasaan Bahasa

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris  
Penguasaan bahasa akan meningkatkan lagi kebolehpasaran seseorang graduan kerana, dengan menguasai lebih daripada satu bahasa, anda akan mampu untuk fleksibel dan serasi walau dengan siapapun anda berurusan. 

Bakal pekerja khususnya di sektor awam haruslah menguasai Bahasa Melayu. Ini pasti tidak menjadi masalah  buat masyarakat kaum Melayu, namun ia akan menjadi faktor pelengkap kebolehpasaran yang terbaik sekiranya, graduan tersebut adalah berbangsa Cina mahupun India sebagai contohnya. Untuk Bahasa Inggeris, jikalau zaman nenek moyang kita dahulu dianya ikatakan sebagai satu kelebihan namun berdasarkan perkembangan pesat negara pada hari ini, saya katakan ia adalah satu keperluan. Umum mengetahui, sektor swasta banyak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa urusan mereka, namun tidak kurang juga sektor awam yang juga beransur-ansur menggunakan bahasa perniagaan dunia itu sebagai bahasa komunikasi mereka. 

Graduan hari ini sepatutnya sudah lupus dalam pemikiran mereka, bahawasanya mereka masih lemah dalam menggunakan kedua-dua bahasa tersebut dengan baik. Sekali lagi saya isythiharkan lemah dalam bahasa itu juga alasan. Tambahan pula sebahagian besar kandungan dalam internet yang mengandungi pelbagai manfaat adalah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Inggeris akan terus menjadi bahasa perantaraan dunia untuk satu jangka masa yang panjang. 

Bagi saya cara mempelajari bahasa teramat mudah hinggakan budak berusia 3 tahun mampu melakukannya adalah dengan menggunakan deria lihat dan dengar. Menonton televisyen, menonton wayang, mendengar lagu, mahupun membaca sebarang bahan yang mempunyai unsur Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Pilih mengikut bahasa yang kalian masih lemah. 

Cara mempraktikkannya pula bagaimana? Just Do it. Praktikkan bahan bacaan anda dalam bentuk penyampaian, sama ada dengan menulis ataupun secara lisan dengan menggunakan bahasa yang asal. Cara belajar bahasa dan cara praktik bahasa bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Namun elemen yang paling penting dalam pembelajaran adalah kesungguhan usaha seseorang individu tersebut. Apa lagi cara lain untuk belajar dan praktikkan bahasa agar anda menjadi graduan yang mahal? Saya tinggalkan anda dengan soalan ini agar anda tidak menjadi salah seorang yang suka mencari alasan. Kongsi buah fikiran anda di ruangan komen di bawah J

Faktor ketiga: kemahiran komunikasi 



Saya teruskan dengan soalan. 
Pekerjaan apakah yang langsung tidak memerlukan pihak kedua untuk si pekerja melakukan tugasnya dari A hingga Z sepanjang kerjaya? Sikit atau banyak, komunikasi itu perlu dan pasti berlaku.

 Seorang guru perlu mahir bercakap bagi memudahkan dia mengajar anak-anak muridnya, seorang peniaga harus petah berbicara supaya jualannya laris, seorang jurutera harus mahir berbicara agar ada syarikat yang mahu membeli ciptaannya, seorang saintis harus tahu bercakap supaya akan ada orang yang terus membiayai penyelidikannya.


 Namun komunikasi yang berkesan bukan sekadar aspek lisan sahaja, bahkan gabungan antara komunikasi lisan dan bukan lisan akan mampu menghasilkan adunan mesej terbaik yang akan meninggalkan impak pada kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi. Faktor ini jelas dinilai terutamanya ketika sesi temu duga. Ini adalah kerana anda (graduan) adalah orang asing buat syarikat yang  sedang dimohon(majikan), oleh yang demikian, cara terpantas dan boleh dikatakan cara yang terbaik untuk menguji sejauh mana tahap komunikasi anda adalah melalui sesi soal jawab dalam temu duga. 


Harus diingati, bukan sekadar komunikasi lisan yang akan diberi perhatian namun komunikasi bukan lisan;bahasa badan, pergerakan tangan, air muka, senyuman, dan hubungan mata, jarak anda dengan orang lain juga akan dinilai oleh ahli panel temu duga tersebut. Kesemuanya sangat penting kerana ia bakal mendatangkan dua kesan mesej sama ada positif mahupun negatif. Sebab kenapa majikan tidak akan menerima graduan yang kurang mahir berkomunikasi adalah kerana, mereka yang masih menyusun perkataan untuk berbicara akan mendatangkan masalah ketika bekerja kelak. 



Minat, penguasaan bahasa dan komunikasi yang mantap adalah antara resepi yang saya sangat sarankan untuk anda pelajari dan mahirkan dari sekarang di samping keputusan CGPA yang gempak.  Berhenti mencipta alasan dan rebut segala cabaran untuk dijadikan peluang. Berhenti menjadi salah seorang graduan penganggur kerana saiz graduan menganggur adalah merupakan stigma kepada pengangguran Negara yang harus diminimumkan ke angka sifar. 


 Kepada pembaca, 

jika anda mempunyai pandangan/kritikan/ dan cadangan mengenai 
a) Bagaimana anda sebagai pelajar mampu untuk melatih diri anda dengan faktor kebolehpasaran yang ada.
b) Apakah lagi mungkin faktor kebolehpasaran yang ada berdasarkan pembacaan anda.

terima kasih 


rujukan:
1.keratan akhbar Faktor kebolehpasaran graduan (Bahagian 1) Dr Mohd Yahya Mohd Ariffin

2.Kebolehpasaran Graduan UKM: Satu Kajian Perbandingan antara Graduan Disiplin Sains dengan Bukan Sains 

3.Career Cube Graduate Career Advancement Centre.