Thursday, 5 June 2014

Bekas Simpanan dan Hiasan

Ini adalah hasil inovasi yang saya berjaya hasilkan dengan bantuan daripada sahabat-sahabat yang lain.

Inovasi ini sesuai untuk dijadikan sebagai hiasan dan juga tempat simpan barang....



 Alat-Alat yang diperlukan 

  • Tempurung 
  • Kertas pasir
  • Zip
  • Berus gigi
  • Pisau
  • Electric Glue
  • Kain Felt







 Debu-debu  tempurung yang dibersihkan





Tempurung yang dibersihkan


On the way







Bahagian dalam tempurung





Pandangan dari segi




Tempat simpanan gula-gula






Pandangan hadapan dengan zip terbuka 

 



Pandangan dari sudut atas 




Pandangan dari sudut bawah

 Gambar dari sudut tepi





Tempurung ini juga boleh dijadikan hiasan ^_^



Wednesday, 4 June 2014

10 Gambar Teknologi dan Inovasi dalam Perubatan



1. HAPIfork 



      HAPIfork adalah " garpu pintar" direka khas untuk memantau tabiat makan seseorang. Konsep di sebalik ciptaan ini adalah makan perlahan adalah lebih baik untuk kesihatan anda di samping dapat mengekalkan tubuh badan yang ideal. Ini adalah kerana badan manusia memerlukan 15 hingga 20 minit untuk menaksir kenyang. Dengan makan secara laju, anda mempunyai risiko untuk makan berlebihan sedangkan perut anda telah pun penuh. HAPIfork menjadi salah satu tarikan utama ketika  CES 2013. Garpu HAPIfork pintar dilengkapi dengan aplikasi telefon pintar percuma untuk menganalisis tabiat makan anda. Datang dengan pelbagai warna ‘garfu pintar’ boleh dibasuh seperti pinggan mangkuk lain. Kenapa rakyat Malaysia khususnya perlu memiliki ‘garfu pintar’ ini ? ini adalah kerana kadar obesiti di Malaysia semakin meningkat dan salah satu sebabnya adalah mereka tidak mampu mengawal tabiat makan mereka. Meskipun harga ‘garfu pintar’ sekitar RM320 namun kebolehannya mengukur bilangan hidangan yang dimakan setiap minit, tempoh makan antara hidangan, dan bilangan suapan yang masuk ke mulut dalam setiap hidangan, pasti sangat-sangat berbaloi. Anda tidak lagi perlu bimbang dengan ketidakmampuan anda mengawal nafsu makan kerana ‘garfu pintar’ akan bergetar sekiranya anda melanggar peraturan makan anda!



2. Provent 


Provent ialah satu alat bantu tidur untuk pesakit yang mempunyai penyakit Obstructive Sleep Apnoea (OSA). OSA adalah satu keadaan di mana nafas pesakit akan berhenti ketika tidur. Sebelum munculnya teknologi Provent ini, alat yang biasanya digunakan oleh pesakit untuk membantu mereka bernafas ketika tidur ialah mesin Continuous positive airway pressure therapy (CPAP). Walaupun Provent mempunyai peranan yang sama dengan CPAP namun Provent lebih mesra pengguna dan ianya lebih murah berbanding mesin CPAP. Tidak dinafikan CPAP masih lagi alat bantu yang terbaik untuk pesakit OSA, namun Provent sangat berguna terutama untuk pesakit yang suka melancong. Aplikasi Provent akan menggunakan sistem satu hala injap, yang akan membantu pesakit memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka ketika tidur. Provent sesuai untuk pesakit yang menghidapi OSA yang ringan, sederhana dan teruk. Harga sepasang Provent yang boleh digunakan untuk semalaman adalah sebanyak RM10.


3.Aspivenin

  
Di Malaysia, masyarakatnya sangat sinonim dengan aktiviti-aktiviti fizikal luar rumah seperti berkhemah, jungle trekking, BBQ dan sebagainya yang sememangnya terdedah dengan serangan serangga dan binatang berbisa. Kesan gigitan akan membawa kepada masalah yang kecil seperti gatal-gatal sehingga boleh membawa maut. Ketika  di hutan sebagai contoh, sekiranya seseorang terkena sengatan kala jengking, rawatan segera amatlah diperlukan. Oleh yang demikin, ASPIVENIN adalah satu inovasi terbaru yang boleh digunakan membantu mengeluarkan bisa dan melegakan kesakitan. Dengan hanya berharga RM77, ASPIVENIN mampu menghilangkan kesan-kesan gejala selepas gigitan serangga dan binatang berbisa seperti kesakitan, kegatalan, dan kerengsaan. Cara menggunakan ASPIVENIN adalah dengan meletakkan muncung(nozzle) alat tersebut pada kawasan yang terkena gigitan, kemudian tarik sahaja omboh(plunger) ke atas.  Prinsip tekanan yang digunakan akan menyebabkan bisa serangga berkenaan akan Berjaya ditarik keluar dari tisu kulit. ASPIVENIN adalah sesuatu yang mudah dibawa, mudah disimpan, boleh digunakan berulang kali dan ianya sangat ringan. Oleh itu pastikan anda mempunyai inovasi seumpamanya hari ini 


4. Leveraged Freedom Chair 



Untuk berjuta-juta orang kurang upaya, kerusi roda adalah merupakan kenderaan terpenting yang membantu pergerakan mereka sehari-hari. Namun masalah utama yang dihadapi mereka ialah bentuk kerusi roda yang tipikal tidak mesra pengguna dan terlalu tetap bentuk semula jadinya. Hal ini menyebabkan golongan OKU masih lagi menghadapi masalah dalam bergerak kerana kerusi roda yang digunakan tidak mampu untuk mencapai semua bentuk pergerakan. Leveraged Freedom Chair(LFC) satu ciptaan bari dihasil bagi mengatasi masalah ini. Reka bentuk kerusi roda ini membolehkan ia bergerak di atas pelbagai permukaan. Keupayaan LFC dalam mendatangkan kepuasan kepada pengguna sememangnya tidak dapat dinafikan. Malahan inovasi telah terpilih menjadi salah satu peserta peringkat akhir dalam Fast Company Innovation by Design Awards yang diadakan pada tahun 2012. 



5. Razorpit 




Razorpit adalah alat inovatif yang membolehkan anda untuk menggunakan pisau cukur anda lebih seratus kali. Dengan mengasah pisau cukur hanya dalam masa beberapa saat anda dapat menggunakan pisau cukur tersebut seakan-akan ia pisau cukur yang baru. Peranti kecil memerlukan hanya gel sedikit dan anda hanya boleh menolak pisau cukur terhadap permukaan kira-kira lima kali untuk membuang kulit mati dan rambut dari bilah. Alat inovatif dengan semua jenis pisau ini direka sesuai untuk semua jenis picau cukur termasuk terbaru model Gillette, dan boleh didapati dalam warna hitam untuk lelaki dan merah jambu untuk wanita. Anda boleh membelinya Cuma dengan RM74 


6. Silicone toe



Silicone toe adalah satu inovasi yang digunakan untuk pesakit yang mengalami masalah Bunion. Bunion adalah masalah pada tulang dan tisu lembut kaki yang boleh menyebabkan rasa sakit yang berterusan dan keradangan. Bunion bermaksud  benjolan, iaitu di sisi ibu jari kaki atau jari kaki kecil menjadi lebih besar, seakan-akan seperti benjolan. Dengan penggunaan Silicone Toe, ia akan memberikan tekanan yang lembut dan berpanjangan di kawasan bunion tersebut, dengan ini sakit akibat daripada bengkak tersebut dapat dikurangkan. Selain daripada itu, pemakaian Silicone Toe dapat mengurangkan geseran dan kerengsaan. Tekanan yang dihasilkan juga akan membantu memberikan kelegaan kepada pesakit. Harga untuk Silicone Toe adalah sekitar RM30.


7. Tanita Sleep Scan 



       Tanita Sleep Scan SL-501 ciptaan dari Jepun adalah merupakan inovasi terbaru yang berfungsi sebagai  peranti pengimbas tidur. Ia terdiri daripada sejenis deria pengesan dalam bentuk cecair yang dibalut dengan alas. Deria pengesan akan berfungsi secara automatik apabila ada pengguna berbaring di atasnya. Kebiasaannya, alat ini diletakkan di bawah tilam bagi mengelakkan ketidakselesaan pada pengguna. Antara kebolehan alat ini adalah ia mampu untuk menganalisis kualiti tidur pengguna seperti  tempoh tidur, kekerapan terjaga malam, dan waktu pengguna tidur. Selain ia memfokuskan tentang kualiti tidur seseorang, alat ini juga dapat mengumpul data mengenai denyut jantung, kadar pernafasan dan pergerakan tubuh. Tanita Sleep Scan SL-501 sangat bermanfaat untuk mereka yang mempunyai masalah tidur seperti insomnia, kerana dengan adanya alat ini, tidur seseorang pengguna itu dapat dianalisis sama berkualiti ataupun tidak. Menarik dengan alat ini ialah ia bukan sahaja boleh digunakan bertujuan untuk bidang kesihatan sahaja,tetapi ia juga berguna untuk bidang lain seperti perhotelan.  Tanita Sleep Scan SL 501 boleh didapati dengan harga RM1660. 


8. Triton Fluid 





       Sehingga hari ini, masih belum ada teknologi inovasi yang paling tepat dalam mengukur jumlah darah yang hilang terutamanya ketika pembedahan. Jumlah darah yang hilang adalah sangat penting kerana ia menjadi tanda ukur keadaan pesakit selepas pembedahan dan dengan mengetahui jumlah yang paling tepat ia membantu para pengamal perubatan merancang rawatan dengan lebih baik. Oleh itu Gauss Surgical telah mencipta satu aplikasi telefon pintar yang bernama Triton Fluid Management System. Semasa prosedur, katakan apabila span sedang dikira, pakar bedah atau jururawat hanya membuka gauze(kain kasa) tersebut pada permukaan yang paling luas dan tujukan gauze pada iPad dan menekan pedal supaya disimpan dalam bentuk gambar. Kemudian gambar akan dihantar untuk diproses dan analisis dan anggaran jumlah darah yang hilang akan dihantar kembali dalam bentuk mesej. Anda tidak perlu ragu-ragu dengan ciptaan ini kerana Gauss Surgical telah pun mendapat kelulusan daripada Food and Drug Administration(FDA).


9. Vital Connect Health Patch



        Seorang pengarah eksekutif, Daniel Kraft, MD ketika sedang membuat pembentangan mengenai teknologi dalam kesihatan dalam satu seminar dengan tiba-tiba menekan satu butang pada laptop, kemudian elektrokardiogram, tekanan darah, denyut jantung, dan suhu badannya terus terpapar di skrin layar. Para penonton terpana seketika. Rupa-rupanya dia sedang memakai Vital Connect Healthpatch Biosensor yang mampu untuk mengumpulkan data seperti yang di atas dan juga mampu mengesan keseimbangan badan anda, dan boleh menjadi satu tanda alert untuk anda sekiranya ada mempunyai risiko untuk jatuh.


10. Withings 



           Produk terbaru dari Withings iaitu mesin tekanan darah tanpa wayar kini terdapat di pasaran. Penyakit tekanan darah tinggi adalah salah satu penyakit yang dikaitkan dengan ‘silent killer’ kerana penyakit ini tidak menunjukkan tanda gejala pada permulaannya sehinggalah ia menjadi terlalu terlambat. Oleh yang demikian, pemeriksaan tekanan darah secara berkala mampu untuk membantu mengesan penyakit ini di peringkat awal bagi mengelakkan komplikasi seperti stroke yang akan berlaku disebabkan oleh tekanana darah yang terlampau tinggi. Monitor Tekanan Darah Tanpa Wayar Withings ini terdiri daripada cuff (pembalut) tangan, dan anda juga memerlukan satu smartphone. Cara menggunakan monitor tekanan darah ini adalah anda cuma perlu memasang cuff tangan tersebut dan aktifkan cuff. Kemudian ia akan terus disambungkan ke aplikasi yang terdapat di dalam smartphone anda. Anda hanya perlu menekan butang ‘START’ dan cuff akan mengembang untuk mendapatkan tekanan darah dan denyutan jantung anda. Apa yang membezakan monitor tekanan  darah tanpa wayar ini dengan yang mempunyai wayar, ia mampu untuk menyimpan data-data yang diperolehi terus ke dalam smartphone, dan akan dianalisis untuk mendapatkan trend tekanan darah anda. Aplikasi tersebut juga mampu untuk memberikan reminder kepada anda untuk membuat pemeriksaan tekanan darah secara berkala. Monitor ini boleh didapati di Withings dengan harga sekitar RM420.